'

Friday, July 12, 2013

TAHNIAH BAKAL STUDENT DEGREE :)


hello guys , salam jumaat dan salam ramadhan untuk hari yang ke 3 . Alhamdulillah . okey , semalam result upu untuk kemasukan peringkat ijazah sarjana muda dah keluar kan untuk batch depan . tahniah diucapkan kepada rakan2 yang dapat peluang melanjutkan pelajaran . bagi yang tak dapat , jangan sedih2 insyaallah rezeki anda di tempat lain dan cube mohon lagi next time okey ? bile teringat kenangan nak tunggu result upu tahon lepas memang cuak sangat , tidor sampai termimpi2 . huhu tapi alhamdulillah , rezeki aku kat UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU dengan program SARJANA MUDA PENGURUSAN (PELANCONGAN) .okey ,bagi junior (cewahh dah jadi senior aku kan?) yang dapat program yang tidak diminati @ bukan yang dipilih , jangan sedih2 , cube dulu , fikir positif . jangan set kan dalam otak tu taksuka or tak boleh bawak . macam kes aku dulu la , ntah macam mane pergi mintak first choise program tu padahal dalam hati ni nak mintak ekonomi , memang cita2 nak sambung ekonomi . tengok member2 matrik yang lain dapat sambung akaun , ekonomi ,bisnes , marketing n len2 yang dalam bidang kira2 ni , aku je yang melencong sikit . rase aduihh berat plak nak bawak . kalau nak tukar corse boleh , just kene tunggu abeh satu sem . so , nekad ni nak tukar jugak nak tunggu satu sem nak tukar . tapi , itu lah orang cakap "tak kenal maka tak cinta" setelah satu sem , banyak pengalaman suka dan duka dilalui , tak sangka akhirnye hati ni dah boleh terima dgn program ni  sebab menarik , assignment pon seronok plus pensyarah tourism yang baik ati n kiut haha DR AZIZUL YADI . plus plus result sem 1 sangat positif , akhirnye aku tukar niat nekad nak teroskan bidang pelancongan ni :) kerjaya nya jugak agak meluas .(macam promote la plak) . Berkat semangat cik abe yang dapat satu u jugak sebenarnye , hehe . now , tengah debar nak tunggu result sem2 . ya Allah , permudahkan urusan kami semua .


 with my corsemates :)

pada yang dapat UMT tu , welcome junior . pasti anda akan dapat pengalaman yang menarik sewaktu mjm , dan survival laut di pulau bidong :) goodluck ! okeylah assalamualaikum :)