'

Tuesday, January 28, 2014

nak kurus !!

Assalamualaikum :) helooo

Seminggu lebih dah cuti ! means cuti berbaki 2 minggu lagi. hurm takmotaknok tolonggg . berharap sangat masa berjalan dengan perlahan . tapi sem depan dah tinggal setahun setengah lagi . Caiyokk yana !

Entry kali ni bukanlah nak cakap pasal balik ganu . hilang mood nanti ;p haha. Aku nak story keje aku time cuti ni . tahu dok ape ?? keje aku Menguruskan balik badan aku ni !! tension aih dok dengar belake cakap aku dah gemok , tembam , berisi  dan same waktu dengannya . Bukan ape cik , puan2 , tuan2 , makcik2 , pakcik2 sekalian . saya ni terlebih kasih sayang kott ! muahahahaha . Kuat makan sekali . penat belaja *konon* .hehe . so , cuti sebulan ni , TRY lah membuang semua lemak2 ni ,kalau tak boleh buang pon , taknak bagi bertambah plak ye . eee jangan dekat dah ngn aku . cukopp la yg korng tumpang kat badan aku ni ;p

jeles ouh tengok gambar sendiri time dulu dulu .. kurus keding , sekarang ??? aaaaa takmo daaa .okey2 , teroskan berusaha mengejar misi :p

 

okeyy , besprenn aku time cuti ni :p aku kene pakse diri hadap jugak bff aku ni setiap hari . disamping mengamalkn pengurangan kalori ! . try jelah . mule2 memang susah lah kan . tapi atleast aku taknokk cuti ni menggemokkan lagi erhhh -___-" so , ni makan nyeee tiap2 malam ni !!


Act , aku ni memang jenis taksuke makan buah dari kecik lagi . seriously , dari mkn buah , aku lagi suka makan sayur . pelik kan ? hahaha aku pon tak tahu knpe . mujur aku ni penggemar minum susu , so takde lah seksa sangat .  kalau ikot aku , bergelas2 pon aku suka minum susu . hahaha ;p


Aku kene kuatkan semangat . bile aku jadi malasss je n start nak makan banyak2 , teros aku ingat balik motif aku . huhuhu klah , doakan aku berjaya ! time to sleepp . Abi pon dah tidoo . Kbye . wassalam 


Tuesday, January 21, 2014

KAEDAH BERKESAN UNTUK MENGELAKKAN HATI DARIPADA DISAKITI

Assalamualaikum .

Hi , sebelom aku potpet , nak tanya , pernah korang rasa sakit hati dengan someone ? tak kira lah sahabat , ke teman sekerja ke , jiran ke , orang kampung ke or sape2 lah . pernah tak ?? tipu lah tak pernah . sini , aku ade satu entry yang aku copy paste dari satu blog ni , credit to blogger ni . nak g blog dy , sila lah klik link ni :) kalau malas , baca je dari bawah ni . Selamat membaca kawan2 :D

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Manusia tidak berupaya melarikan diri daripada dipuji dan dikeji oleh sebilangan manusia lain.

"Wow! Cantiknya ekor kucing Siam ini, panjang, berbulu lebat dan lembut," komen manusia.  

Pastinya kucing itu tidak tersenyum simpul berikutan pujian dilontarkan. Mengapa? Kucing itu, haiwan dan haiwan tidak berkebolehan membezakan di antara pujian dan kejian.

Manusia lebih istimewa. 

Hati kita berkebarangkalian untuk dilukai akibat lontaran komen sebilangan manusia lain.

Di entri ini, izinkan saya berkongsi antara kaedah berkesan untuk mengelakkan hati daripada disakiti. Saya percaya sedikit sebanyak kaedah ini mampu membantu ramai pembaca.

"Engkau bodoh!"

Kenyataan itu hanya sekadar gabungan dua patah perkataan. Dalam sejarah, 'perkataan' tidak pernah disabitkan kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Pada masa sama, bisikkan kepada hati, manusia melemparkan kecaman seperti itu pastinya tidak sempurna. Mereka bersifat bodoh, hanya Allah sahaja maha mengetahui. 

Sebagai contoh, andai kenyataan itu diungkapkan oleh seorang doktor, hakikatnya dia juga tidak sempurna. Dia mungkin bodoh dalam bidang lain, contohnya bidang kesusasteraan, kejuruteraan dan seni bina. 

Dalam erti kata lain, mereka menggelarkan kita bodoh tidak semestinya cerdik. 

Sama seperti, jika sebilangan manusia melemparkan tohmahan kononnya kita penipu. Untuk tidak menyakitkan hati, kita harus bertanya, adakah mereka sebenarnya 100% jujur dalam semua aspek kehidupan?  

Selagi mereka bernama manusia, jawaban ringkas kepada soalan itu, MUSTAHIL. Jika tidak menipu kawan,  rakan sekerja atau ahli keluarga, mereka barangkali pernah menipu diri sendiri. 

 Maka mereka tidak jujur.

Justeru mengapakah kita harus berasa sakit hati jika dikecam oleh manusia sebegitu?

Kita harus menerima hakikat, manusia gemar melontarkan cercaan dan makian terhadap orang lain, tanpa disedari menggambarkan sikap sebenar mereka. Hati mereka sebenarnya dibaluti dek hasad dan dengki. Perlukan kita melayan kerenah manusia seperti itu? Abaikan sahaja dan teruskan kehidupan secara tenang.

Biarkan lidah mereka membelit leher sendiri, jiwa mereka terus dicemari. 

Tujuan mereka melemparkan cercaan, hanya satu, untuk menyakitkan hati kita. Tidakkah mereka mengetahui, hati itu milik mutlak kita diciptakan oleh Allah? Kita berkuasa penuh untuk mengawal hati sendiri. Andai kecaman dilontarkan kita terima dan membuat keputusan untuk berasa sakit hati, maka hati bakal sakit. 

Jika ditolak, hati berasa tenang. 

Untuk memperkukuhkan benteng hati, bisikkan kepada hati, cakaplah sehingga mulut kalian berbuih sekalipun, tindakan itu sia-sia. 

... I have a heart of steel and no one would be able to hurt me.

Akhirnya, kita pasti menang dan mereka tertewas. Mengapa? Kerana tujuan mereka untuk menyakitkan hati kita tidak tercapai.

Akhirnya sekali ...

Setiap kali diri dikecam, tanyakan juga kepada hati, adakah tangan kita berkudis? Terluka? Tercabut? Tentunya tidak. Kenyataan berniat jahat dan memburuk-burukkan kita itu, tidak berupaya mencacatkan tubuh badan kita semua.

Biarlah mereka mencacatkan pemikiran dan tindakan dengan kebusukan hati semakin bernanah.

Justeru, bermula dari saat ini, usah sesekali berasa sakit hati

Monday, January 20, 2014

Home sweet Home

Bismillah , Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah , tamat sudah sem 3. Dah 3 hari aku kat rumah di pahang. Ya Allah , tenang nya berada disini . setelah cabaran datang ibarat peluru terjah thadap aku .Ya Allah , walaubagaimanapun , aku kuat bersama keluarga dan si dia yang tersayang .Hanya mereka penguat semangat , hanya mereka faham dan kenal diriku .Bersyukur sangat .Cuti sem ni akan aku guna kan sebaik yang mungkin.

TUTUP BUKU LAMA , BUKA BUKU BARU



Wednesday, January 15, 2014

Facebook and blog ?

Assalamualaikum !! hai hai

tolong lahh , kepale otak aku dah nak berasap dah ni . esok je dah last paper . baru baca 3 bab kot .rasa macam malas baca dah . :p taksabar nak balikkkkkkk . jeles kot tengok org update **yeaayy dah abeh exam**yeahh home sweet home** dan sebagainye lah . takpe2 , esok je dah ! :) kuat kuat kuat .

sebenarnya nak cite pasal tajuk entry ni ha . yup , aku cume ade FACEBOOK dan BLOG saje . takde twitter , instagram , wechat , wassup n etc . Dulu mase mude2 ade la jgak twitter and instagram tuh. dah tue2 gini , aku pon stop lah men mnde tu sume and delete je akaun tu , mls nak pandirr daripada terbiar buat semak . wechat n wassup memang tak pernah ade akaun . huhu.

sebab aku nak cite kat blog ni sebab ade je mmber2 mintak id wechat bagai . sob sob takde takde takde . lagipon aku pakai henfon 3310, yang kalau baling kat hanjeng boleh benjol kepale . mane nak ade sume tuh . hikhik

okelah . sambung menghadap nota ni , mencik betol . cepatlah pukul 11 pagi esok ! wish me luck ye paper last ni . Amin . byebye!

Tuesday, January 7, 2014

Problem oh problem .

Jam dah pukol 1.17 AM , 

pagi pukol 9 nanti paper tourism behavior . tapi otak masih memikirkan paper eko . Dalam otak TOTALLY ZERO . pleasee , cepatkan mase . nak balik . nak tidor puas2 , nak makan puas2 , nak jumpe anis . pelok cium tenyeh dye puas2.

RINDUUU ANAK IBUUUUU ! 
ANAK AYAHHH JUGAK !! muehehehe :)

banyak problem . Alhamdulillah , family dan en hubby sentiase memberikan sokongan . Insha Allah , masalah ni akan dapat diselesaikan . jom sambung study . BISMILLAHH